Tuesday, 27 October 2015

Pengalaman Ke Korea with 1y5m infant: 5 Tips Penting! Episod 2


Okay! Sambung lagi 5 tips penting. Aku lagi suka cerita by point. Sambil tu aku remind balik kisah2 travel April 2014. Hu hu.

1. Penginapan - Bak aku cakap, by referring to blog2 otai travel mih mih mih aku memutuskan untuk stay di seoulbackpackers. Time ni aku memang tak boleh bayang kat mana lokasi hotel ni. Jadi aku start email sendiri dgn hotel ni in English la uols. So macam2 la kena ikut syarat dia coz aku bayar time dah sampai. Aku okay je walaupun memang. Kena update a month before, a week before and 4 days before arrival. Gitu! Aku pun follow je la. RM180/nite. Macam aku ni yg backpacker (walaupun bawa beg troli ba ha ha) and jimat-traveller, memang best, bilik pun okay, kecil tapi comel (sebab ada wallpaper. Ala. Macam dalam cerita Korea tu!). So bila dah sampai hotel, barulah kau bayar harga penginapan tu. Since aku book awal, aku dapat bilik dekat ground floor. Menariknya, hotel ni dekat dengan Namsan ParklNamdaemun MarketlSubway Station HyeohyonlMartl.   


Ni lah rupa bilik aku hari tu. Wallpaper je lain. Isk. Rindu Korea. Sumber: Tripadvisor

2. Stroller/Baby Carrier - Dua-dua aku bawak. Aku beli jenama Sweet Cherry je. Memang beli untuk pergi Korea. Beria nau ko jemah! Ada gak aku baca suggest See Baby. Tapi aku decide beli je la Sweet Cherry ni ha. Beli Kat Jusco harga RM140 camtu lah. Affordable yet reasonable kaedahnya. Baby carrier pula RM70 jenama Anakku kalau tak silap la. 2-2 peralatan ini amatlah pentingnya ye kakak2 adik2 manis sebab time dia tidur tu, Nauzubillah la kan nak ngendong. Jadi bila bawa 2 peralatan penting ni, mama happy, papa pun happy! Aku membayangkan memang hancur la stroller ni kat sana. Tatapi tidak sama sekali. Stroller tu masih kukuh dan utuh sampai la ni. Ba ha ha. Kau bayangkan macam mana lasaknya stroller tu. Time MRAM tidur, aku & MRA boleh angkat lak naik tangga yang setinggi 5 bangunan. Kau rasa? Tapi itulah pengalaman yang aku akan ingat sampai bila-bila. Mesti korang tertanya-tanya stroller kena charge tak naik Air Asia. Jawapannya: FREE. Kau sorong je stroller tu sampai tangga kapal terbang tu then kau tinggal kan je stroller tu kat situ. Nanti bila kau dah sampai, pramugari Korea (ahaks!) akan suruh kau tunggu sekejap untuk ambil stroller. Fahamkan? (Angguk) Bagus!

Stroller yang aku bawa ke sana. Sumber: Sweet Cherry

     
3. Tiket - Thanks pada Tony Fernandes sebab kalau tak ada low cost airlines macam Air Asia, rakyat marhaen macam aku ni tak lepas nak gi mana2. Clap3. So macam biasalah, aku book sendiri tiket, uruskan semua A-Z sendiri. Masya Allah. Very interesting experience. Of course kau kena buat research dulu, tanya orang itu ini, tak boleh semberono je. Alhamdulillah. Aku boleh manage. Syukur sangat2 semua turns out very well. Alhamdulillah. Aku beli time promo so dapat RM644/person. Segala add on macam luggage, makanan etc memang aku beli selepas beli tiket. So kita tak rasalah pengeluaran duit tu since kita beli secara berperingkat. 

4.  Duit - Orait. Honestly aku bawa RM4000 = KRW1,200,000.00. Makcik kayo. Semua tu merangkumi penginapan+makan+admission fees+subway selama 5 hari 4 malam untuk 2 dewasa & infant 1y5m. Selepas berjalan sakan start from 8 am to 8 pm, aku bawa balik RM1000. Jadi siapa kata kita tak boleh enjoy travel, tengok culture, lifestyle di negara orang dengan bajet sebegini. Alhamdulillah. oh! Aku tukar duit di The Money Changer, Midvalley mengikut kadar tukaran matawang asing 4/2014. Now, aku tak tahulah since currency pun tengah bolak balik.


5. Itinerary - Orait. Since aku tak pakai travel agent untuk ke sana, jadi aku uruskan semuanya sendiri. Buat research through blog2 as I mentioned earlier. Kumpul itinerary, compare, then reka itinerary sendiri. Kebanyakan tempat2 yang aku pergi FREE (of course!). Cuma aku bayar nak masuk istana. Later aku cerita by hari pula. Tapi itulah. Aku enjoy doing it. Very challenging sebenarnya. Kira2 dalam jangka masa setahun la aku dok usha blog2 orang, student yang study kat sana. Berterima kasih banyak2 pada yang share experience dorang ke Korea. 


Fuhhh. Niat aku nak share pengalaman yang sangat berharga untuk rakyat marhaen macam kami. Aku enjoy, semua pun enjoy. So aku harap korang pun enjoy baca pengalaman aku ni. Next, aku akan cerita by hari kami di sana. 


Till then.

F.A.R.I.H.A


Monday, 26 October 2015

Pengalaman Ke Korea with 1y5m Infant: 5 Tips Penting!

Hi semua!

Kengkonon macam ramai baca blog aku ni ha. Ha ha ha. Orait. Back to the main topic. Pengalaman aku pergi Korea dengan baby umur 1 tahun 5 bulan. Syukur Alhamdulillah, pada tarikh 21-25 April 2014, Allah bagi aku opportunity untuk ke Korea bersama suami, MRA, anak MRAM, adik, MN & suaminya MZ.

So, aku banyak refer dekat blog-blog macam Jari ManisKak SyarlizSaffuan Jaffar, & MYFIR2U . Actually banyak lagi sebenarnya. Tapi yang paling aku refer adalah 4 blog ni sebab font type yang terbaik, senang nak baca dan hadam.

Dari banyak2 pembacaan aku (macam nak buat LR pulak. Ahaks!), sedikit je yang fokus on how to travel with 1y5m kids. Kaedahnya macam aku kena try & error sendiri. Tapi ni nak naik international flight weh! Jangan macam-macam. Ha ha ha.

So back to the main topic, di bawah ni kesimpulan aku sendiri acaner nak ke Korea with 1y5m kids. Cekidaut!

1. Passport - Dekat sini aku agak bingung kerana ikut pembacaan, rata-rata kena ambil gambar dekat kedai gambar. Aku pun menggagahkan diri membawa suami dan anakku itu ke kedai gambar. Harga tak mahal. RM30 untuk3 orang (kalau aku tak silap mih mih mih). Jadinya aku membawa la anak aku ini bersama adik bongsu kesayanganku itu ke Pejabat Imegresen Kuala Kubu Bharu. Memang tak ramai orang. Kenapa aku ke sana? Kaedahnya aku tak mampu mengawal anak aku tu kerana bapanya jenis tak dapat nak cuti suka-suki. Jenis kerja tak banyak cuti. 12 hari/tahun. Jadi aku kenalah kreatif, inovatif dan pikitif untuk memikoir acaner nak buat passport tu. Kesimpulan aku pick up adik aku untuk accompany kami buat passport. Jadinya sampai kenala isi borang. Bila sampai ke kaunter tu, gambar tak laku pulak. Kena tangkap gambar on the spot. Mujur gambar anak aku ni diterima. Mujur. Mujur. Jadi, selepas 1 jam, aku dah boleh ambil passport aku. Perrggggh. Pestaim buat passport di Umur 28 tahun. Apa pun kita kena ucap Alhamdulillah. Anak aku pun bertuah dah ada passport umur 1y 4m.

2. Makanan - Macam kita tahu makanan ruji Korea beras gemuk tu dan oink-oink. Tapi semua tu tak menjadi masalah. Kita wajib mencari yang halal. Habis tu macam mana student2 M'sia yang belajar kat sana tu nak makan kan? Kena memikior same. So banyak refer blog2 seperti yang aku mention di atas tu. Selain tu ada juga student yang share tempat-tempat makan di sana. Antara makanan yang aku bawa: Kari Ayam Brahim's, Mamee (perisa ayam & tomyam) , roti gardenia RM0.70 tu (dalam 12 bungkus), dan Kit Kat. Sarapan: Hotel sediakan air panas dan coffee. Kedai runcit pun dekat. So kami dah siap2 beli nasi 1000 KRW untuk dimakan bersama Kari Ayam Brahim's yang yummeh (masak guna microwave dekat hotel). So just bancuh and chill out bekfes di luar. Kenangan tu memang tak dapat aku lupakan. Cry! 

Baby: Aku just bancuh susu, then bagi roti Gardenia, tak de la aku bagi makan Maggi pulak kan. Then aku suapkan nasi segera tu. Mudah & ringkas. Susu aku letak dalam Botol susu siap2, so kat situ boleh dapat 2 bancuhan, then aku letak dalam Milk Powder Dispenser. So kat situ boleh buat 3 bancuhan susu. So takdela dalam flight kau menggagau nak buat susu, nak scoop2 bagai yang boleh mencetuskan pergaduhan suami isteri dan sebagainya.

3. Pakaian - Memandangkan aku ke sana masa musim bunga suhu 5-20 degree Celcius. Aku cadang nak pakai cardigan coz membayangkan sejuk macam dalam aircond. Nan hado kate ko! Aku rasa macam nak demam kura-kura bila aku keluar dari airport tu. Memasing peluk tubuh pastu pandang memandang satu sama lain terkulat-kulat tak terkata (sila baca dengan satu nafas). Mujur aku dan MRA buat keputusan adhock beli jaket tebal sikit (dekat kedai bundle je). Harga RM30/pasang. Brilliant sungguh rasanya membuat keputusan itu kerana sejuknya tak terkatalah. So aku bawa 1 jaket tebal, 2 cardigan, 3 helai blouse kosong lengan panjang, 2 seluar jeans. Suami: Jaket tebal 2 helai, T-shirt 3-4 helai, seluar jeans 2-3 helai. 

Baby: Bab anak ni kita kena lagi kena fikir banyak. Coz untuk travel smoothly kau kena tatang kebajikan anak kau dulu. Barulah kau suami isteri boleh travel dengan aman.So aku belikan MRAM baju lengan panjang 5 helai, sweater tebal Disney 2 helai,  seluar jeans 3 helai, pampers aku bajet 6 helai/hari X 5 = 30 pampers, baju tidor lengan panjang & tebal 2 helai (Tesco je), stokin 3-4 helai & kasut.  

4. Beg - Aku rasa memang bab beg ni pun boleh mencetuskan ayat-ayat "Ni la kali pertama & terakhir kita travel". Bahaha. Aku bawa 1 beg travel & 1 beg troli besar. Beg troli: Baju kami ber-3, pampers, makanan. How to fit in? aku lipat bergulung. Beg sandang: Susu, botol susu & pampers.  

5. Ubat - Common macam Minyak Cap Kapak, Minyak Yu Yee, Vicks, Panadol biasa, Panadol Extend (in case sakit urat mih mih mih), Panadol Actifast (in case selsema). 

Baby: MRAM ni jenis kulit sensitif. So aku bawa krim kulit Elomet, beli ubat demam, batuk & selsema siap2 dari klinik yang biasa kami bawa MRAM. Coz kita tak tahu farmasi celah mana, ubat yang elok. Tak naklah amik risiko kat sana kan. Hi hi.

Orait. Aku share 5 dulu. 5 lagi aku sambung nextaim. Stay tuned!

Till then.

F.A.R.I.H.A









Tuesday, 22 October 2013

My First Entry

Alhamdulillah.

Akhirnya cita-cita yang saya idamkan untuk ada blog sendiri tercapai. 
So this is my first entry.

So, sekarang tengah belajar-belajar lagi. kalau boleh tak nak blog yang sarat dengan glitter, 
point yang menari-nari bagai. 
saya nak as simple as possible sebab saya suka browse orang punya blog.
 hihi. 
Suka-suka.

Hopefully dengan blog ini saya dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Mana taknye, kalau saya nak pergi travel, saya usha dari blog.
Kalau saya nak buat tempahan hotel secara online, saya usha dari blog juga.
Kalau nak keluarkan duit dari KWSP untuk cover duit pinjaman perumahan, saya usha blog orang juga.
Kalau nak tahu persiapan ke luar negara, saya usha blog orang.
Kalau saya nak cari resipi makanan baby dan makanan mak pak baby pun dari blog orang.
Maka..
Pendek kata, semua yang baik boleh dapat dari blog ni.

Okaylah. Jumpa lagi till my next celoteh.
Assalamualaikum 
(^_^)