Okay! Sambung lagi 5 tips penting. Aku lagi suka cerita by point. Sambil tu aku remind balik kisah2 travel April 2014. Hu hu.
1. Penginapan - Bak aku cakap, by referring to blog2 otai travel mih mih mih aku memutuskan untuk stay di seoulbackpackers. Time ni aku memang tak boleh bayang kat mana lokasi hotel ni. Jadi aku start email sendiri dgn hotel ni in English la uols. So macam2 la kena ikut syarat dia coz aku bayar time dah sampai. Aku okay je walaupun memang. Kena update a month before, a week before and 4 days before arrival. Gitu! Aku pun follow je la. RM180/nite. Macam aku ni yg backpacker (walaupun bawa beg troli ba ha ha) and jimat-traveller, memang best, bilik pun okay, kecil tapi comel (sebab ada wallpaper. Ala. Macam dalam cerita Korea tu!). So bila dah sampai hotel, barulah kau bayar harga penginapan tu. Since aku book awal, aku dapat bilik dekat ground floor. Menariknya, hotel ni dekat dengan Namsan ParklNamdaemun MarketlSubway Station HyeohyonlMartl.
Ni lah rupa bilik aku hari tu. Wallpaper je lain. Isk. Rindu Korea. Sumber: Tripadvisor
2. Stroller/Baby Carrier - Dua-dua aku bawak. Aku beli jenama Sweet Cherry je. Memang beli untuk pergi Korea. Beria nau ko jemah! Ada gak aku baca suggest See Baby. Tapi aku decide beli je la Sweet Cherry ni ha. Beli Kat Jusco harga RM140 camtu lah. Affordable yet reasonable kaedahnya. Baby carrier pula RM70 jenama Anakku kalau tak silap la. 2-2 peralatan ini amatlah pentingnya ye kakak2 adik2 manis sebab time dia tidur tu, Nauzubillah la kan nak ngendong. Jadi bila bawa 2 peralatan penting ni, mama happy, papa pun happy! Aku membayangkan memang hancur la stroller ni kat sana. Tatapi tidak sama sekali. Stroller tu masih kukuh dan utuh sampai la ni. Ba ha ha. Kau bayangkan macam mana lasaknya stroller tu. Time MRAM tidur, aku & MRA boleh angkat lak naik tangga yang setinggi 5 bangunan. Kau rasa? Tapi itulah pengalaman yang aku akan ingat sampai bila-bila. Mesti korang tertanya-tanya stroller kena charge tak naik Air Asia. Jawapannya: FREE. Kau sorong je stroller tu sampai tangga kapal terbang tu then kau tinggal kan je stroller tu kat situ. Nanti bila kau dah sampai, pramugari Korea (ahaks!) akan suruh kau tunggu sekejap untuk ambil stroller. Fahamkan? (Angguk) Bagus!
Stroller yang aku bawa ke sana. Sumber: Sweet Cherry
3. Tiket - Thanks pada Tony Fernandes sebab kalau tak ada low cost airlines macam Air Asia, rakyat marhaen macam aku ni tak lepas nak gi mana2. Clap3. So macam biasalah, aku book sendiri tiket, uruskan semua A-Z sendiri. Masya Allah. Very interesting experience. Of course kau kena buat research dulu, tanya orang itu ini, tak boleh semberono je. Alhamdulillah. Aku boleh manage. Syukur sangat2 semua turns out very well. Alhamdulillah. Aku beli time promo so dapat RM644/person. Segala add on macam luggage, makanan etc memang aku beli selepas beli tiket. So kita tak rasalah pengeluaran duit tu since kita beli secara berperingkat.
4. Duit - Orait. Honestly aku bawa RM4000 = KRW1,200,000.00. Makcik kayo. Semua tu merangkumi penginapan+makan+admission fees+subway selama 5 hari 4 malam untuk 2 dewasa & infant 1y5m. Selepas berjalan sakan start from 8 am to 8 pm, aku bawa balik RM1000. Jadi siapa kata kita tak boleh enjoy travel, tengok culture, lifestyle di negara orang dengan bajet sebegini. Alhamdulillah. oh! Aku tukar duit di The Money Changer, Midvalley mengikut kadar tukaran matawang asing 4/2014. Now, aku tak tahulah since currency pun tengah bolak balik.
5. Itinerary - Orait. Since aku tak pakai travel agent untuk ke sana, jadi aku uruskan semuanya sendiri. Buat research through blog2 as I mentioned earlier. Kumpul itinerary, compare, then reka itinerary sendiri. Kebanyakan tempat2 yang aku pergi FREE (of course!). Cuma aku bayar nak masuk istana. Later aku cerita by hari pula. Tapi itulah. Aku enjoy doing it. Very challenging sebenarnya. Kira2 dalam jangka masa setahun la aku dok usha blog2 orang, student yang study kat sana. Berterima kasih banyak2 pada yang share experience dorang ke Korea.
Fuhhh. Niat aku nak share pengalaman yang sangat berharga untuk rakyat marhaen macam kami. Aku enjoy, semua pun enjoy. So aku harap korang pun enjoy baca pengalaman aku ni. Next, aku akan cerita by hari kami di sana.
Nah! Episod 1 Travel to Korea.
Till then.
F.A.R.I.H.A