Monday, 26 October 2015

Pengalaman Ke Korea with 1y5m Infant: 5 Tips Penting!

Hi semua!

Kengkonon macam ramai baca blog aku ni ha. Ha ha ha. Orait. Back to the main topic. Pengalaman aku pergi Korea dengan baby umur 1 tahun 5 bulan. Syukur Alhamdulillah, pada tarikh 21-25 April 2014, Allah bagi aku opportunity untuk ke Korea bersama suami, MRA, anak MRAM, adik, MN & suaminya MZ.

So, aku banyak refer dekat blog-blog macam Jari ManisKak SyarlizSaffuan Jaffar, & MYFIR2U . Actually banyak lagi sebenarnya. Tapi yang paling aku refer adalah 4 blog ni sebab font type yang terbaik, senang nak baca dan hadam.

Dari banyak2 pembacaan aku (macam nak buat LR pulak. Ahaks!), sedikit je yang fokus on how to travel with 1y5m kids. Kaedahnya macam aku kena try & error sendiri. Tapi ni nak naik international flight weh! Jangan macam-macam. Ha ha ha.

So back to the main topic, di bawah ni kesimpulan aku sendiri acaner nak ke Korea with 1y5m kids. Cekidaut!

1. Passport - Dekat sini aku agak bingung kerana ikut pembacaan, rata-rata kena ambil gambar dekat kedai gambar. Aku pun menggagahkan diri membawa suami dan anakku itu ke kedai gambar. Harga tak mahal. RM30 untuk3 orang (kalau aku tak silap mih mih mih). Jadinya aku membawa la anak aku ini bersama adik bongsu kesayanganku itu ke Pejabat Imegresen Kuala Kubu Bharu. Memang tak ramai orang. Kenapa aku ke sana? Kaedahnya aku tak mampu mengawal anak aku tu kerana bapanya jenis tak dapat nak cuti suka-suki. Jenis kerja tak banyak cuti. 12 hari/tahun. Jadi aku kenalah kreatif, inovatif dan pikitif untuk memikoir acaner nak buat passport tu. Kesimpulan aku pick up adik aku untuk accompany kami buat passport. Jadinya sampai kenala isi borang. Bila sampai ke kaunter tu, gambar tak laku pulak. Kena tangkap gambar on the spot. Mujur gambar anak aku ni diterima. Mujur. Mujur. Jadi, selepas 1 jam, aku dah boleh ambil passport aku. Perrggggh. Pestaim buat passport di Umur 28 tahun. Apa pun kita kena ucap Alhamdulillah. Anak aku pun bertuah dah ada passport umur 1y 4m.

2. Makanan - Macam kita tahu makanan ruji Korea beras gemuk tu dan oink-oink. Tapi semua tu tak menjadi masalah. Kita wajib mencari yang halal. Habis tu macam mana student2 M'sia yang belajar kat sana tu nak makan kan? Kena memikior same. So banyak refer blog2 seperti yang aku mention di atas tu. Selain tu ada juga student yang share tempat-tempat makan di sana. Antara makanan yang aku bawa: Kari Ayam Brahim's, Mamee (perisa ayam & tomyam) , roti gardenia RM0.70 tu (dalam 12 bungkus), dan Kit Kat. Sarapan: Hotel sediakan air panas dan coffee. Kedai runcit pun dekat. So kami dah siap2 beli nasi 1000 KRW untuk dimakan bersama Kari Ayam Brahim's yang yummeh (masak guna microwave dekat hotel). So just bancuh and chill out bekfes di luar. Kenangan tu memang tak dapat aku lupakan. Cry! 

Baby: Aku just bancuh susu, then bagi roti Gardenia, tak de la aku bagi makan Maggi pulak kan. Then aku suapkan nasi segera tu. Mudah & ringkas. Susu aku letak dalam Botol susu siap2, so kat situ boleh dapat 2 bancuhan, then aku letak dalam Milk Powder Dispenser. So kat situ boleh buat 3 bancuhan susu. So takdela dalam flight kau menggagau nak buat susu, nak scoop2 bagai yang boleh mencetuskan pergaduhan suami isteri dan sebagainya.

3. Pakaian - Memandangkan aku ke sana masa musim bunga suhu 5-20 degree Celcius. Aku cadang nak pakai cardigan coz membayangkan sejuk macam dalam aircond. Nan hado kate ko! Aku rasa macam nak demam kura-kura bila aku keluar dari airport tu. Memasing peluk tubuh pastu pandang memandang satu sama lain terkulat-kulat tak terkata (sila baca dengan satu nafas). Mujur aku dan MRA buat keputusan adhock beli jaket tebal sikit (dekat kedai bundle je). Harga RM30/pasang. Brilliant sungguh rasanya membuat keputusan itu kerana sejuknya tak terkatalah. So aku bawa 1 jaket tebal, 2 cardigan, 3 helai blouse kosong lengan panjang, 2 seluar jeans. Suami: Jaket tebal 2 helai, T-shirt 3-4 helai, seluar jeans 2-3 helai. 

Baby: Bab anak ni kita kena lagi kena fikir banyak. Coz untuk travel smoothly kau kena tatang kebajikan anak kau dulu. Barulah kau suami isteri boleh travel dengan aman.So aku belikan MRAM baju lengan panjang 5 helai, sweater tebal Disney 2 helai,  seluar jeans 3 helai, pampers aku bajet 6 helai/hari X 5 = 30 pampers, baju tidor lengan panjang & tebal 2 helai (Tesco je), stokin 3-4 helai & kasut.  

4. Beg - Aku rasa memang bab beg ni pun boleh mencetuskan ayat-ayat "Ni la kali pertama & terakhir kita travel". Bahaha. Aku bawa 1 beg travel & 1 beg troli besar. Beg troli: Baju kami ber-3, pampers, makanan. How to fit in? aku lipat bergulung. Beg sandang: Susu, botol susu & pampers.  

5. Ubat - Common macam Minyak Cap Kapak, Minyak Yu Yee, Vicks, Panadol biasa, Panadol Extend (in case sakit urat mih mih mih), Panadol Actifast (in case selsema). 

Baby: MRAM ni jenis kulit sensitif. So aku bawa krim kulit Elomet, beli ubat demam, batuk & selsema siap2 dari klinik yang biasa kami bawa MRAM. Coz kita tak tahu farmasi celah mana, ubat yang elok. Tak naklah amik risiko kat sana kan. Hi hi.

Orait. Aku share 5 dulu. 5 lagi aku sambung nextaim. Stay tuned!

Till then.

F.A.R.I.H.A









No comments:

Post a Comment